Seorang maut nahas lima kenderaan

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan. - Foto PDRM
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan. - Foto PDRM
A
A
A

NILAI - Seorang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 17.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan susur keluar Plaza Tol Pajam menghala ke Seremban awal pagi hari ini.

Mangsa yang maut melibatkan dua kenderaan dan tiga motosikal itu ialah Abdul Salam Saad, 34, yang beralamat dari Felda Keratong.

Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketika kejadian pada jam 3.20 pagi, Abdul Salam yang memandu kereta Proton Persona dan tiga penunggang motosikal bergerak dari susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban.

"Sebaik tiba di lokasi, pemandu Ford Feista berusia 30 tahun dari arah Kajang Lebuhraya LEKAS dipercayai cuba melawan arus memasuki ke jalan susur keluar Tol Pajam sehingga mengakibatkan pelanggaran dengan empat kenderaan itu.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal jenis Yamaha berusia 16,17 dan 21 tahun hanya cedera ringan.

Menurutnya pemandu Ford Fiesta berusia 30 tahun beralamat di Kuala Lumpur juga cedera ringan.

Beliau berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: