Pekebun kecil kelapa sawit rugi RM300,000 diperdaya pelaburan tidak wujud

Seorang pekebun kecil kelapa sawit rugi RM300,000 selepas diperdaya 'scammer' yang menawarkan pulangan lumayan hasil pelaburan tidak wujud. Gambar kecil: Bahrin
Seorang pekebun kecil kelapa sawit rugi RM300,000 selepas diperdaya 'scammer' yang menawarkan pulangan lumayan hasil pelaburan tidak wujud. Gambar kecil: Bahrin
A
A
A

KLUANG - Seorang pekebun kecil kelapa sawit rugi RM300,000 selepas diperdaya 'scammer' yang menawarkan pulangan lumayan hasil pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan daripada lelaki berusia 52 tahun itu diterima pada Jumaat.

"Mangsa tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan di laman sosial dan telah berurusan dengan individu tidak dikenali yang menawarkan pelaburan dengan kadar pulangan lumayan.

"Pada bulan lalu hingga awal bulan ini, mangsa telah membayar RM300,00 ke dalam empat akaun bank berbeza secara berperingkat," katanya dalam kenyataan.

Menurut Bahrin, selepas mangsa membuat pembayaran tiada sebarang pulangan yang diperoleh selain sering diberikan pelbagai alasan.

"Mangsa sedar dirinya telah ditipu dan tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan iklan pelaburan di media sosial dan lakukan semakan serta pengesahan sebelum membuat sebarang pelaburan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!