X

Kindly register in order to view this article
!

Normah ketuai bahagian anti pengganas Bukit Aman

Normah
A
A

KUALA LUMPUR - Senior Asisten Komisioner, Normah Ishak dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pelantikan itu menjadikan Normah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.

Menurut portal South China Morning Post, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan pelantikan Normah.

Abdul Hamid berkata, Normah yang menyertai pasukan polis pada Disember 1991 itu merupakan anggota yang sangat berani, bijak, berkelayakan tinggi dan seorang pegawai berpengalaman dengan integriti tinggi dan komander cemerlang.

Manakala, Ayob Khan telah dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu berkuatkuasa pada 6 Mac.

Dalam kenyataan Abdul Hamid sebelum ini memaklumkan pelantikan itu bagi memberi peluang Ayob menimba pengalaman baharu.