Ramai kagum tengok burung nuri cabut gigi kanak-kanak

Video yang dirakamkan di Foshan, China menunjukkan budak lelaki memegang seekor burung nuri di hadapan wajahnya sebelum mencabut gigi dengan menggunakan paruh.

Gelagat seekor burung kakak tua mencabut gigi budak lelaki di Foshan, China. Agensi
Gelagat seekor burung kakak tua mencabut gigi budak lelaki di Foshan, China. Agensi
A
A
A

BEIJING - Gelagat seekor burung nuri mencabut sebatang gigi susu kanak-kanak lelaki di China telah mencuit perasaan netizen yang menganggapnya sebagai 'kisah paling lucu' tahun ini.

Video yang dirakamkan di Foshan, China menunjukkan budak lelaki memegang seekor burung nuri di hadapan wajahnya.

Semasa dia membuka mulut, burung itu tiba-tiba mendekati mulut budak tersebut dan memasukkan kepalanya untuk mencari gigi susu yang didapati longgar.

Kemudian dengan perlahan-lahan burung itu memasukkan kepalanya dalam mulut budak itu dan mencabut gigi menggunakan paruhnya dengan 'secepat kilat'.

Selepas itu, dia mengambilnya dan meletakkan atas tapak tangan individu lain yang merakam video tersebut.

Rakaman yang disiarkan pada 5 Mei lalu di platform X yang bertajuk 'Burung nuri menjadi doktor gigi? dengan cepat dilaporkan tular di media sosial lain.

Ramai netizen kagum dengan kebolehan haiwan itu yang tahu kedudukan gigi susu longgar dan mencabutnya tanpa menyebabkan darah keluar dari mulut kanak-kanak itu.

Namun, seorang pakar dari Hospital Haiwan Eksotik Chicago di Amerika Syarikat memberi amaran bahawa air liur manusia yang mengandungi patogen berpotensi menyebarkan penyakit kepada burung itu.

Artikel Berkaitan:

Justeru, mereka mengesyorkan supaya mengelakkan burung meletakkan paruhnya berhampiran mulut atau hidung manusia bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!