Berang dipecat, bekas pekerja bakar pejabat

Agus mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan. Agensi
Agus mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan. Agensi
A
A
A

LAMPUNG - Berang dipecat, seorang bekas pengawal keselamatan membakar sebuah pejabat dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Suspek dikenali sebagai Agus Rahmat, 38, didapati membakar Pejabat Perkhidmatan Cukai Kotabumi, Lampung Utara, yang dipercayai dilakukannya secara bersendirian.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Lampung Utara, AKP Stefanos Reinaldo Nuswantoro Boyoh, berdasarkan rakaman kamera tertutup (CCTV), suspek dillihat memasuki pejabat itu sebelum membakarnya.

"Suspek mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan.

"Dia dipecat daripada jawatannya sebagai pengawal keselamatan sejak Ogos 2024, jadi dia berdendam dan mahu membalasnya," katanya kepada wartawan pada Rabu.

Agus ditahan oleh polis. Agensi
Agus ditahan oleh polis. Agensi

Stefanos berkata, akibat daripada perbuatannya itu pejabat itu rosak teruk sementara dianggarkan wang sebanyak Rp 500 juta (RM140,000) turut hangus.

Artikel Berkaitan:

Agus berjaya diberkas di rumahnya di Kelurahan Rejosari, Kecamatan Kotabumi, polis kini menyiasat lanjut untuk memastikan semua fakta adalah benar dan mendalami motif sebenar kejadian. -Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!