Lelaki miliki 34 rekod jenayah, memandu secara berbahaya ditahan

Laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai seorang lelaki yang memiliki 34 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki memandu secara berbahaya di kawasan stesen minyak di Damansara Damai.
Laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai seorang lelaki yang memiliki 34 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki memandu secara berbahaya di kawasan stesen minyak di Damansara Damai.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang memiliki 34 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki memandu secara berbahaya di kawasan stesen minyak di Damansara Damai, di sini, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan di Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor di sini, pada jam 2 petang Rabu.

"Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif ganja dan kita telah membuka satu lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek akan direman pada di Mahkamah Petaling Jaya pagi esok (Khamis) untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung kes video tular yang memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya selepas ditegur orang awam kerana tindakannya menghisap rokok di kawasan stesen minyak berkenaan.

M Hussin Sollehuddin dilaporkan berkata, pihaknya terkesan satu video tular di media sosial pada jam 8 pagi Rabu.

Video tular berkenaan memaparkan seorang individu sedang berjalan ke kenderaan yang diletakkan di kawasan stesen minyak

sambil menghisap rokok.

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu kemudian ditegur oleh orang awam, sebelum dia bertindak melakukan provokasi dengan memandu secara berbahaya dan menghalang laluan kenderaan orang awam tersebut.

Ujar beliau, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!