Tak lepas daki bukit, lori tiba-tiba mengundur

Keadaan lori selepas terbabas dan terjatuh ke tepi cerun bahu jalan di Jalan Bukit Damar-Lakum, Temerloh pada Selasa.
Keadaan lori selepas terbabas dan terjatuh ke tepi cerun bahu jalan di Jalan Bukit Damar-Lakum, Temerloh pada Selasa.
A
A
A

TEMERLOH - Detik cemas buat seorang lelaki apabila lori yang dipandu mengundur selepas tidak dapat mendaki bukit di Jalan Bukit Damar-Lakum di sini pada Selasa.

Sebelum itu, rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) berdurasi 57 saat tular di laman sosial memaparkan lori terbabit mengundur dan terbabas jatuh ke tepi cerun bahu jalan di tempat kejadian.

Kejadian itu juga mendapat pujian netizen kerana kecekapan pemandu terbabit yang berjaya mengelak daripada terlanggar kenderaan lain.

Pemandu lori terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.
Pemandu lori terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihak polis menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan amang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, lori tersebut telah terbabas jatuh ke tepi cerun bahu jalan.

"Siasatan mendapati lori itu telah mengundur setelah tidak dapat mendaki bukit di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Rakaman layar menerusi kamera papan pemuka yang tular pada Selasa.
Rakaman layar menerusi kamera papan pemuka yang tular pada Selasa.

Ujarnya, ketika sampai di lokasi kejadian, pemandu lori telah tiada dan dimaklumkan pergi ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan iaitu cedera ringan di bahagian kaki.

Jelas beliau, setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!