Tujuh maut, puluhan cedera bas rempuh pejalan kaki
![Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan puluhan lagi cedera selepas sebuah bas merempuh pejalan kaki dan kenderaan di sebuah kawasan sibuk di ibu negara kewangan India. Foto PTI/ Agensi](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/12/10/2923451.jpg)
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan puluhan lagi cedera selepas sebuah bas merempuh pejalan kaki dan kenderaan di sebuah kawasan sibuk di ibu negara kewangan India, Mumbai, pada petang Isnin.
Polis menahan pemandu bas atas tuduhan menyebabkan kematian akibat cuai, menurut laporan media tempatan pada Selasa.
Pemandu itu nampaknya 'tidak selesa' dengan transmisi automatik kenderaan elektrik milik perkhidmatan pengangkutan awam bandar itu.
Keadaan panik tercetus apabila bas merempuh kereta, beca automatik dan pejalan kaki, sebelum akhirnya bas itu terhenti setelah merempuh sebuah kompleks bangunan kediaman. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!