Telefon Tok Siak dicuri, geng surau sepakat hadiahkan yang baharu

Tindakan sekumpulan pemuda Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi menghadiahkan telefon bimbit baharu kepada Siak mengundang reaksi sebak warga TikTok.
Tindakan sekumpulan pemuda Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi menghadiahkan telefon bimbit baharu kepada Siak mengundang reaksi sebak warga TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan sekumpulan pemuda Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi menghadiahkan telefon bimbit baharu kepada Siak mengundang reaksi sebak warga TikTok.

Imam muda surau tersebut, Muhammad Zaid Zulkhairi, 25, berkata, ia kerana Siak, Ismail Abdullah kehilangan telefon bimbit kerana disyaki dicuri menyebabkannya gagal menghubungi keluarga di kampung di Flores, Indonesia.

Menurutnya, sikap Ismail atau mesra dipanggil Wak Mail yang baik hati dan mudah didekati membuatkan pemuda surau sepakat untuk menghadiahkannya telefon baharu memandangkan sudah lebih 20 tahun berkhidmat di sini.

“Wak Mail ini memang dah lama jadi Siak dan dekat 20 tahun jaga surau selepas dia masuk Islam.

“Sudah menjadi rutin Wak Mail untuk menghubungi keluarga setiap malam. Tetapi, Khamis lepas semasa solat Isyak telefonnya hilang gara-gara dicuri.

“Jadi, kami geng pemuda surau sepakat kutip duit sendiri untuk belikan Wak Mail telefon bimbit yang baharu, Alhamdulillah dia menangis gembira dan berterima kasih,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tangkap layar hantaran Muhammad Zaid di TikTok @yedowski_ pada Ahad.
Tangkap layar hantaran Muhammad Zaid di TikTok @yedowski_ pada Ahad.

Hantaran dimuat naik Muhammad Zaid pada Ahad mendapat 32,500 tanda suka, 1,000 komen dan lebih 500,000 tontonan.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Zaid berpandangan, pemberian tersebut tidak dapat dibandingkan dengan jasa Wak Mail kepada warga sekitar.

“Terlalu banyak jasa dan sumbangannya kepada komuniti surau serta penduduk setempat,” ujarnya ringkas.

Menerusi hantaran sama, majoriti pengguna TikTok mengagumi kebaikan yang ditunjukkan kepada orang lebih tua dan turut mendoakan agar Wak Mail diberikan kesihatan berpanjangan.

@sinarharianonline

Tindakan sekumpulan pemuda Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi menghadiahkan telefon bimbit baharu kepada Siak mengundang reaksi sebak warga TikTok. Imam muda surau tersebut, Muhammad Zaid Zulkhairi, 25, berkata, ia kerana Siak, Ismail Abdullah kehilangan telefon bimbit disyaki dicuri menyebabkannya gagal menghubungi keluarga di kampung di Flores, Indonesia. Menurutnya, sikap Ismail atau mesra dipanggil Wak Mail yang baik hati dan mudah didekati membuatkan pemuda surau sepakat untuk menghadiahkannya telefon baharu memandangkan sudah lebih 20 tahun berkhidmat di sini. “Jadi, kami geng pemuda surau sepakat kutip duit sendiri untuk belikan Wak Mail telefon bimbit yang baharu, Alhamdulillah dia menangis gembira dan berterima kasih,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Siak #WakMail

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!