Peka tarikh luput lesen taska - PPBM
PUTRAJAYA - Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) menyambut baik arahan untuk mewajibkan semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) memaparkan nombor pendaftaran di premis masing-masing mulai tahun depan.
Presiden PPBM, Norsheila Abdullah menjelaskan, langkah tersebut memberi keyakinan kepada ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak mereka ke premis yang didaftarkan.
“Saya setuju dengan itu, tetapi ibu bapa haruslah melihatnya dengan teliti kerana ia mempunyai tarikh luput,” katanya pada Isnin.
Menurut beliau, arahan tersebut bukanlah perkara yang baharu bagi pemain industri kerana ia perlu dipatuhi oleh semua pengusaha taska.
“Selain nombor pendaftaran, setiap pengusaha perlu mempamerkan menu, jadual aktiviti, carta organisasi, selain sijil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihak berkuasa tempatan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” jelas Norsheila.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!