Agong nikmati santapan tengah hari bersama Anwar
JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas terkenal di sini.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat ke sesi menghadap dan santapan tengah hari Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Turut dimuat naik beberapa gambar pertemuan berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!