Panggilan telefon tidak berjawab, kekasih ditemui mati
JOHOR BAHRU - Panggilan telefon yang tidak dijawab rupa-rupanya membawa berita sedih kepada seorang wanita apabila kekasihnya ditemui mati di rumah kedai di Taman Bistari Indah, Ulu Tiram di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, sebelum itu wanita terbabit mencari dan cuba menghubungi kekasihnya yang berusia 40 tahun.
“Lelaki berkenaan dijumpai oleh teman wanitanya yang merupakan warga Indonesia datang mencarinya selepas dua hari tidak dapat apa-apa panggilan daripada kekasihnya itu.
“Lelaki berkenaan merupakan pemilik kedai percetakan dan tinggal seorang diri di rumah kedai tersebut,” katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.
Beliau berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan diklasifisasikan sebagai mati mengejut.
Jelasnya, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HIS) di sini, pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!