Maszlee bertanding demi laksana pesanan Dr Mahathir

Maszlee kemudian memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang memuatkan gambar pertemuan beliau dengan Dr Mahathir.
Maszlee kemudian memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang memuatkan gambar pertemuan beliau dengan Dr Mahathir.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Dr Maszlee Malik mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Simpang Renggam demi memastikan pesanan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terlaksana.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, Dr Mahathir mahu parti itu menjadi kubu kuat orang Melayu di Simpang Renggam dan negeri Johor.

"Dengan tegas dan muktamad ingin saya nyatakan di sini, saya, Maszlee Malik, tetap taat dan setia bersama Bersatu.

"Saya berdiri teguh di belakang kepimpinan Bersatu, di belakang Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Maszlee yang merupakan mantan Menteri Pendidikan menegaskan, tumpuan beliau ketika ini adalah untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di Simpang Renggam dan memberikan yang terbaik kepada penduduk di kawasan tersebut.

"Kerja bina semula negara kita adalah fokus utama semua pihak. Saya yakin semua pihak bekerja keras untuk perkara ini," ujar beliau.

Maszlee memberitahu, orang Melayu hanya akan bergerak ke hadapan jika bersatu hati dan bersama-sama sebagai sebuah kolektif ketika berdepan dengan cabaran globalisasi.

Dengan tegas dan muktamad ingin saya nyatakan di sini, saya, Maszlee Malik, tetap taat dan setia bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Saya berdiri teguh di belakang kepimpinan BERSATU, di belakang Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Tumpuan saya sekarang ialah untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di Simpang Renggam, dan memberikan yang terbaik kepada penduduk Simpang Renggam. Kerja bina semula negara kita adalah fokus utama semua pihak. Saya yakin semua bekerja keras untuk perkara ini. Terima kasih.

Artikel Berkaitan:

A post shared by Maszlee Malik (@maszlee) on Jan 24, 2020 at 1:46am PST

Pada Rabu lalu, Maszlee dilihat menemui Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyidin Yassin di pejabat beliau di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sudah mendapat perkenan serta persetujuan untuk bertanding jawatan itu.

Maszlee kemudian memuat naik satu hantaran di Facebooknya yang memuatkan gambar pertemuan beliau dengan Dr Mahathir dengan kapsyen - “Pastikan Simpang Renggam dan negeri Johor menjadi kubu kuat Bersatu.”

Seramai 997 ahli Bersatu daripada 10 cawangan di Bahagian Simpang Renggam akan membuat pemilihan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian serta ahli jawatankuasa masing-masing esok.

Maszlee yang merupakan bekas ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dijangka dicabar oleh Ketua Penaja Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Ahmad Ahem, 62.

ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee hasrat tandingi Ketua Bahagian Bersatu Simpang Renggam