[VIDEO] Asteroid dijangka hampiri bumi esok

NASA mengesahkan sebuah asteroid dengan kelajuan 34,000 kilometer dijangka akan menghampiri bumi jam 6.05 pagi esok. -Foto NASA
NASA mengesahkan sebuah asteroid dengan kelajuan 34,000 kilometer dijangka akan menghampiri bumi jam 6.05 pagi esok. -Foto NASA
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mengesahkan sebuah asteroid dijangka menghampiri bumi esok.

Asteroid itu dikatakan bergerak pada kelajuan 34,000 batu sejam dengan jarak paling hampir dari bumi sejauh 15 kali jarak bumi dengan bulan.

Pengarah Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS) NASA, Paul Chodas berkata, asteroid yang diberi nama 2002 PZ39 bersaiz diameter 990 meter akan berselisih dengan bumi sekitar jam 7.05 pagi waktu Malaysia, lapor portal Herald.

Namun, menurutnya, asteroid yang berukuran lebih besar daripada bangunan tertinggi di dunia dijangka hanya berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi di mana pergerakan itu tidak akan menyentuh bumi.

"Pihak NASA secara rasmi mengklasifikasikan asteroid pembunuh itu sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).

"Namun tiada bahaya kerana kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya dan kami lebih memahami tentang laluan orbitnya.

"Walaupun saiznya besar dan mampu mengancam bahaya namun kita telah pastikan ia tidak akan terhempas ke bumi," katanya.

Dalam pada itu, Chodas berkata, dijangkakan juga asteroid paling hampir seterusnya akan berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 apabila asteroid Apophas menghampiri bumi.

Artikel Berkaitan:

Struktur sepanjang 300 meter itu akan berada hampir dengan bumi, tetapi tidak akan menghentam bumi dan menyebabkan kemusnahan, jelas NASA.

No Image Caption
Play Icon