Lepaskan ego walau ada keinginan untuk dominan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) perlu melepaskan ego demi mencapai kepentingan politik negara dan tidak boleh lagi hidup atas kejayaan silam.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, gabungan parti yang sudah berusia 50 tahun itu harus melihat dari sudut pandang lebih luas dan menyusun langkah demi mencapai matlamat lebih besar.

"Sebagai contoh jika kita hendak berbicara mengenai pembahagian kerusi, pastinya UMNO sendiri ingin mendapatkan semula semua 121 kerusi yang pernah ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Namun realitinya, kita perlu bertindak lebih strategik, memikirkan kelangsungan parti berdasarkan kemampuan dan keperluan.

"Kalau dikaji, setiap parti teras pernah mengetepikan ego masing-masing, ketika penubuhan BN, UMNO mengetepikan ego untuk bekerjasama dengan Pas, begitu juga MCA yang walaupun seteru, pernah bersama Gerakan dan MIC pula bersama MyPPP," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden UMNO mahu BN bijak menguruskan keutamaan dengan memastikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai walaupun wujud keinginan untuk kembali menjadi gabungan dominan.

Ahmad Zahid berkata, rakyat kini menilai bukan hanya pada janji tetapi juga tindakan dan keputusan yang menunjukkan kebijaksanaan dalam menguruskan negara.

"Pilihan untuk bersama Kerajaan Perpaduan adalah pengorbanan besar, namun ia juga peluang untuk BN membuktikan bahawa kita adalah komponen dalam gabungan itu yang matang dan bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Menangguhkan keinginan bukan bermaksud melupakan, tetapi memberi laluan kepada agenda lebih besar.

"Apabila pengorbanan ini dirasai rakyat, maka BN akan kembali dominan seperti yang kita semua harapkan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!