Kedai jual ikan perhiasan musnah terbakar

Kedai menjual ikan perhiasan di Jalan Pudu terbakar pada Jumaat.
Kedai menjual ikan perhiasan di Jalan Pudu terbakar pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai menjual ikan perhiasan musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Pudu di sini, pada Jumaat.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Salehtul Azmir Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.38 malam.

"Seramai 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBPJalan Hang Tuah dan BBP Jalan Tun Razak kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kedai membabitkan tujuh unit itu musnah 100 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman di sebuah kedai ikan perhiasan yang terbakar pada Jumaat.
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman di sebuah kedai ikan perhiasan yang terbakar pada Jumaat.

Katanya, anggota menjalankan kerja-kerja pemadaman sebelum kebakaran berjaya dikawal sepenuhnyapada jam 10 malam.

"Kerja-kerja pemadaman selesai pada jam 1 pagi. Tiada mangsa yang terlibat dalam kebaran ini.

"Punca serta nilai kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!