Ajal ke tempat kerja

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah motosikal ditunggang dipercayai merempuh belakang kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Batu 12, Kapar, pada Jumaat.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah motosikal ditunggang dipercayai merempuh belakang kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Batu 12, Kapar, pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Seorang pekerja kilang maut setelah motosikal ditunggangnya dipercayai merempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Batu 12, Kapar di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 19 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Shah Alam.

"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa menunggang motosikal dari arah Jeram menghala ke Kapar.

"Mangsa kemudiannya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan lain mengakibatkan motosikal yang ditunggang terbabas," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, sehingga kini polis masih belum menerima laporan melibatkan kenderaan yang dilanggar mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 0175843860 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!