Peniaga didenda RM4,500 miliki 146 alat seks

Tertuduh (kiri) didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan memiliki 146 alat seks.
Tertuduh (kiri) didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan memiliki 146 alat seks.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang peniaga dalam talian didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani di sini, selepas mengaku salah memiliki 146 peralatan seks, pada Jun lalu.

Tertuduh, Ch'ng Ling Yeen, 40, membuat pengakuan bersalah itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani pada Khamis.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Jun 2024 jam lebih kurang 12 tengah hari, di sebuah premis di Taman Patani Jaya di sini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh memiliki sejumlah 146 peralatan seks dan kondom 58 unit.

Dengan demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mohd Khairul Azhar Shuaib manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norfarahazlinda Zahari.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon agar denda dikurangkan memandangkan kini sedang menyara dua anak, ibu dan ibu mertua yang uzur selain memberi alasan berniaga alat seks kerana ingin membantu keluarga disebabkan perniagaan suami yang semakin merosot.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda RM4,500 dan jika gagal bayar dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!