Empat sekeluarga maut: Pemandu treler direman

Empat sekeluarga maut kereta bertembung dengan treler muatan bahan binaan di Sungai Siput malam tadi.
Empat sekeluarga maut kereta bertembung dengan treler muatan bahan binaan di Sungai Siput malam tadi.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Pemandu treler yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan empat nyawa termasuk bayi berusia 16 tahun di KM37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, semalam direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lelaki berusia 26 tahun itu direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

“Lelaki tersebut ditahan selepas selesai mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput. Ujian awal saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Namun, sampel darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menandu dengan melulu atau dengan kelajuan dan berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian.

Mohd Khaizam
Mohd Khaizam

Sementara itu, Mohd Khaizam berkata, anak sulung mangsa, Muhammad Fariz Iskandar Mohamad Faiz,3, yang terselamat dalam kejadian itu dilaporkan stabil.

“Mangsa ketika ini masih lagi menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Artikel Berkaitan:

"Pihak kami dimaklumkan mangsa akan dibedah akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan malam terakhir, empat sekeluarga maut nahas

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, 28, bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bersama isterinya, Nik Iedayu Nik Hassan, 27, anak bongsunya, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan serta kakak iparnya, Nik Ifeka Nik Hassan, 28, disahkan maut di tempat kejadian.

Mohamad Faiz bersama isteri dan anak bongsu mereka maut dalam nahas membabitkan sebuah treler. Bagaimanapun anak sulung mereka berusia 3 tahun terselamat.
Mohamad Faiz bersama isteri dan anak bongsu mereka maut dalam nahas membabitkan sebuah treler. Bagaimanapun anak sulung mereka berusia 3 tahun terselamat.

Siasatan awal mendapati treler bermuatan bahan binaan yang dipandu dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas hingga memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki lima sekeluarga.