Polis rampas dadah disyaki serbuk ekstasi bernilai lebih RM100,000

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah disyaki serbuk ekstasi yang dianggarkan bernilai RM131, 687.9 dalam satu operasi di sekitar Setia Tropika, Kempas di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, serbuk ekstasi seberat 1,012.83 gram yang dirampas itu dianggarkan mampu digunakan oleh lebih 500 penagih jika terlepas ke pasaran.
“Hasil ujian saringan awal air kencing, didapati suspek yang berusia 28 tahun berkenaan positif ketamin.
“Mahkamah Majistret Johor Bahru kemudiannya telah membenarkan reman ke atas suspek selama lima hari mulai Rabu hingga Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga di baah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
