'Saya tak terlibat tandatangan akuan sumpah sokong Tun M'

Zuraida bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Siti Sarah Selising di sini hari ini.
Zuraida bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Siti Sarah Selising di sini hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak terlibat isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamed kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tanpa berselindung berkata, beliau sama sekali tidak mengetahui kesahihan berita yang mengatakan 138 ahli Parlimen termasuk 26 ahli PKR sudah menandatangani SD berkenaan.

“Apapun saya tidak terbabit dengan SD tersebut. Hanya ALLAH sahaja tahu.

"Kalau benda lain banyak la saya tandatangani, sekejap tadi baru tandatangani plak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pasar Siti Sarah Selising di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan sehingga kini 138 ahli Parlimen sudah menandatangani SD berkenaan.

Difahamkan, daripada jumlah itu, 18 ahli Parlimen didakwa daripada Pas, 26 daripada PKR, 13 hingga 39 daripada UMNO dan 26 daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, setakat ini tiada individu atau kumpulan yang datang kepadanya bagi tujuan tersebut.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai hal itu dari laporan berita yang dibacanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saifuddin Nasution anggap SD sokong Dr Mahathir khabar angin

Artikel Berkaitan:

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan segelintir ahli Parlimen menandatangani SD hanya khabar angin.