Polis siasat dakwaan anggota PGA lepas tembakan

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

PADANG BESAR - Polis Perlis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melepaskan tembakan di Kampung Melayu dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dalaman sedang dilakukan namun beliau enggan mengulas lanjut.

“Buat masa ini saya tidak boleh beri kenyataan berhubung perkara itu kerana siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar berhubung Pelupusan Barang Kes Daun Ketum di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar hari ini.

Majlis pelupusan itu disaksikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail dan wakil daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis.

Surina berkata 35 tan daun ketum bernilai RM1.75 juta yang dirampas sejak 2017 sehingga Januari lepas telah dilupuskan, dan menurutnya daun-daun ketum itu merupakan barang kes yang melibatkan 183 kes yang selesai perbicaraan dan mendapat perintah mahkamah untuk dilupus. - Bernama

Artikel Berkaitan: