Kes rogol: Bekas peserta program realiti komedi dibebaskan dengan jaminan polis

Raub Selamat. Laporan Sinar Harian berhubung tangkapan artis program realiti komedi kerana disyaki merogol
Raub Selamat. Laporan Sinar Harian berhubung tangkapan artis program realiti komedi kerana disyaki merogol
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen tempatan yang ditahan kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pada Ahad.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya,” katanya ringkas.

Pada 29 November lalu, lelaki berusia 40-an tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan melibatkan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat.

Sebelum ini, bekas peserta program realiti komedi terbabit pernah terlibat dalam beberapa program di negeri ini sebagai pengacara majlis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!