X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kerajaan sentiasa semak semula pertumbuhan KDNK

Anwar (tengah) beramah mesra dengan para guru pada majlis ramah mesra dan Pelancaran Guru Penyayang di Port Dickson di sini. - Foto Bernama
A
A

PORT DICKSON - Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Amalan Guru Penyayang di sini semalam, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, semakan semula unjuran pertumbuhan KDNK negara bagi 2020 bukan suatu yang tidak normal kerana ia telah dilakukan oleh negara-negara lain.

“Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sentiasa menyemak semula pertumbuhan KDNK. Saya yakin Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) akan mengambil kira faktor-faktor baharu itu.

“Berikan mereka masa untuk menganalisis data,” katanya.

Anwar berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa bahawa kerajaan gagal mengunjur pertumbuhan KDNK negara.

ARTIKEL BERKAITAN: KDNK 2019 terendah sejak 2009 kerana gangguan komoditi

KDNK terendah: Guan Eng terlalu optimistik, kata Tok Mat

Pertumbuhan KDNK negara pada suku keempat 2019 turun kepada 3.6 peratus yang membawa kepada pertumbuhan tahun penuh KDNK sebanyak 4.3 peratus, paras terendah sejak krisis kewangan 2009.

Pada Disember, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan sebagai berkata, Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan KDNK lebih kukuh dan mampan pada 4.8 peratus tahun ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!