Mangsa banjir disengat tebuan

Seorang warga emas lelaki yang merupakan mangsa banjir berdepan detik cemas selepas disengat tebuan dalam kejadian di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada Sabtu. Foto JBPM
Seorang warga emas lelaki yang merupakan mangsa banjir berdepan detik cemas selepas disengat tebuan dalam kejadian di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada Sabtu. Foto JBPM
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang warga emas lelaki yang merupakan mangsa banjir berdepan detik cemas selepas disengat tebuan dalam kejadian di Kampung Bagus, di sini pada Sabtu.

Mangsa yang berusia 65 tahun itu terpaksa dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Gual Tinggi selepas kawasan rumahnya ditenggelami banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, seramai empat anggota telah dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan jam 6.24 petang.

"Paras air makin surut, jadi kita ke lokasi menggunakan trak.

"Sejurus tiba di lokasi pihak kami terpaksa menggunakan bot penduduk kampung untuk membawa keluar mangsa kerana kawasan rumahnya masih ditenggelami banjir," katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurut beliau, semasa berada di rumah, mangsa telah disengat oleh haiwan berbisa itu.

Ujarnya, mangsa tidak berpindah kerana rumahnya tinggi dan terselamat dari ditenggelami air.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!