Tentera Israel tembak mati wanita Palestin

Penduduk Palestin bertempur dengan tentera rejim semasa bantahan di pagar sempadan Gaza-Israel.
Penduduk Palestin bertempur dengan tentera rejim semasa bantahan di pagar sempadan Gaza-Israel.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel menembak mati seorang wanita Palestin dan mencederakan 25 yang lain semasa protes di sepanjang pagar sempadan Gaza dan wilayah yang diduduki.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qedra berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Aml Moustafa Ahmed.

Wanita berusia 43 tahun itu ditembak semasa menyertai bantahan penaklukan rejim Zionis di timur Genting Gaza, semalam.

Tambah Al-Qedra, seorang anggota paramedik dan dua wartawan turut cedera dalam insiden itu selepas terhidu gas pemedih mata Israel.

Ketegangan memuncak di pagar sempadan yang memisahkan Gaza dan wilayah diduduki sejak tunjuk perasaan besar-besaran meletus pada 30 Mac lalu.

Tunjuk perasaan itu bertujuan menuntut hak untuk kembali ke kampung halaman yang dirampas rejim Zionis pada 1948.

Difahamkan, sejak bantahan meletus lebih 240 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 20,000 lagi cedera akibat ditembak tentera Israel. - Agensi

Artikel Berkaitan: