'PH sudah lama sokong Tun M'

Wan Azizah berucap merasmikan majlis penutupan Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 anjuran Institut Darul Ehsan, hari ini. - Foto Bernama
Wan Azizah berucap merasmikan majlis penutupan Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 anjuran Institut Darul Ehsan, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyindir tindakan Pas yang mahu membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Dewan Rakyat.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) sejak sekian lama telah menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum Pas mahu berbuat demikian dan membawa usul tersebut ke Dewan Rakyat.

"PH sudah lama menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum Pas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tetap sokong kepimpinan Dr Mahathir

Pas pertahan usul percaya terhadap PM

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media bersama memaklumkan usul undi percaya akan dibawa ke Dewan Rakyat.

Menurutnya, usul itu bertujuan menyokong Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

Katanya, keputusan tersebut diambil setelah mendapati wujud beberapa pihak yang menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri itu namun sehingga kini tiasa usul undi tidak percaya dibuat oleh mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Usul undi percaya PM hanya mahu pecah belah PH: Anwar

Artikel Berkaitan: