#KitaBaikRamaiSayang trending di Twitter

#KitaBaikRamaiSayang trending di Twitter.
#KitaBaikRamaiSayang trending di Twitter.
A
A
A

PEMERGIAN Abam Bocey sangat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia kerana kebaikannya, aksi lawak jenakanya yang menghiburkan, kasih dan sayangnya kepada semua orang tanpa mengira siapa pun.

Itu ungkapan netizen yang boleh disimpulkan buat Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey.

Kehilangannya mengejutkan dunia seni termasuk peminatnya jelas meninggalkan kesan yang mendalam.

Hari ini, kata-kata Allahyarham yang kerap diungkapkan dengan tanda pagar #KitaBaikRamaiSayang kini trending di Twitter.

Setelah tularnya tanda pagar #KitaBaikRamaiSayang, ribuan orang telah menulis kata-kata itu di setiap berita mengenai Allahyarham termasuk di ruang status peribadi netizen.

Kata-kata sering diungkapkan Allahyarham Abam tular di media sosial.
Kata-kata sering diungkapkan Allahyarham Abam tular di media sosial.

Benarlah maksud ungkapan itu dan terbukti apabila kita baik dengan orang, ramai akan sayang seperti mana Allahyarham berbuat baik dengan ramai orang hingga kini kebaikannya mula tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata netizen menyifatkan kebaikan dilakukan oleh Allahyarham akan diteruskan dan dijadikan ikutan dalam kehidupan.

Kata Nazw Dianiena, "Sangat suka kata-kata ini, #KitaBaikRamaiSayang... Al-Fatihah Abam Bocey."

ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga kubur dedah kebaikan Abam Bocey

[VIDEO] Sikasih buat peminat Abam

'Penat macam mana pun Abam tak pernah tolak program dakwah'

[VIDEO] 'Kalau aku mati tolong kebumikan aku tau...'

"Penghujung Abam yang terbaik kerana kuasa kebaikannya. Al-Fatihah, #KitaBaikRamaiSayang" ciap Meyloww pula.

Bagi Mrs Wick pula menjelaskan, kematian mengingatkan kita tentang kebaikan seseorang.

"Kematian mengingatkan kita bagaimana kita harus hidup, kematian memberitahu kita untuk menjadikan kita pada masa kini, keutamaan pada kita. Kematian memberi isyarat kepada kami untuk menghargai orang yang kami sayangi, sementara kita boleh." katanya.

Tambah Qowiy pula, "Arwah Abam ada pesan, sebelum kita nak tolong orang lain, tolong adik-beradik kita dulu. Majoriti gelandangan di luar sana adalah sebab adik-beradik mereka tak tolong mereka. Benarlah Nabi berpesan, 'Sedekah yang lebih afdal adalah pada keluarga kamu sendiri'."