Pemandu teksi mati bergaduh isi NGV

Kejadian itu turut tular di laman sosial.
Kejadian itu turut tular di laman sosial.
A
A
A

CHERAS - Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam kejadian pergaduhan di sebuah stesen minyak di Batu 5 1/2 Jalan Sungai Besi di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi.

"Sepasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menemui mangsa berusia 61 tahun itu dalam keadaan terbaring.

"Mangsa merupakan warga tempatan telah bergelut dan bergaduh dengan suspek yang juga pemandu teksi berusia 65 tahun," katanya.

Mohamed Mokhsein berkata, pihaknya telah merakam percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa pula telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai kejadian yang memaparkan seorang lelaki mempunyai kesan darah di baju manakala seorang lagi lelaki terbaring dengan berlumuran darah dipercayai bergaduh kerana memotong barisan untuk mengisi gas asli (NGV).