Polis rampas rokok seludup RM2.78 juta di Kajang

Sebahagian daripada 17,000 karton rokok yang dirampas.
Sebahagian daripada 17,000 karton rokok yang dirampas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman merampas 17,000 karton rokok seludup bernilai RM2.78 juta dalam operasi di Kajang, Selangor semalam.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dua lelaki tempatan berusia 30 dan 54 tahun dipercayai anggota sindiket ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kedua-dua suspek direman lima hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di bawah Seksyen 117 Kanun prosedur jenayah.

"Kita turut merampas sebuah van jenis Toyota Hiace, dua lori jenis Nissan UD dan Hicom Perkasa menjadikan keseluruhan jumlah rampasan RM2.92 juta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Van jenis Toyota Hiace dan lori Nissan UD milik sindiket turut dirampas.
Van jenis Toyota Hiace dan lori Nissan UD milik sindiket turut dirampas.

Menurut Acryl, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: