Sambut hari lahir ke-40, Siti suka bersederhana

Penyanyi, Siti Nurhaliza
A
A

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, memberitahu, beliau apabila menyambut ulangtahun kelahiran suka sesuatu yang sederhana.

Namun Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti, berkata, dia menerima apa sahaja usaha yang dilakukan oleh sesiapa pun yang meraikan hari lahirnya.

“Saya akui terharu dengan ucapan peminat dan apa yang dilakukan pihak radio atau pihak media bagi meraikan hari lahir saya.

"Sebagai selebriti, saya tidak boleh menolak apa yang pihak lain lakukan dan ini adalah satu penghargaan.

“Semua yang dilakukan bagi saya sangat bermakna dan saya tidak akan lupakan.

"Kalau boleh tentulah saya tidak mahu ada sebarang kejutan tetapi pasti ada yang melakukannya.

“Kejutan ini adalah usaha keluarga, peminat dan juga orang yang mengingati hari lahir saya dan setiap tahun pasti ada saja yang melakukannya.

“Saya tidak kisah cuma saya sukakan sesuatu yang sederhana, saya tidak mahu jika ada pihak yang bersusah payah, sambutan yang biasa sudah cukup bagi saya. Doakan saja saya insya-ALLAH,” akhirinya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia