Polis cari remaja hilang di Batu Caves

Arunprakash dilapor hilang di Batu Caves, Sabtu lalu.
Arunprakash dilapor hilang di Batu Caves, Sabtu lalu.
A
A
A

GOMBAK - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilapor hilang di Batu Caves di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bapa saudara remaja itu memaklumkan anak saudaranya tidak pulang semula ke tempat dia berniaga air kelapa pada jam 3 petang.

"Remaja yang dikenali sebagai V Arunprakash itu kali terakhir dilihat memakai baju T biru, berseluar pendek hitam serta memakai selipar kelabu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, lelaki berusia 53 tahun itu turut memaklumkan mereka berasal dari Bagan Datoh, Perak dan tidak mempunyai saudara-mara di Batu Caves.

"Kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja itu boleh menghubungi balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: