Anwar mahu Bob Manolan beri penjelasan

Ciapan Anwar di laman mikro Twitternya, hari ini.
Ciapan Anwar di laman mikro Twitternya, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak seorang pemimpin parti itu yang didapati mengancam untuk memecat tok batin di Cameron Highlands.

Anwar berkata, Senator PKR, Bob Manolan Mohd perlu memberikan penjelasan berhubung tindakannya yang telah mengguris hati dan perasaan pemimpin tempatan terbabit.

"Tiada paksaan dalam demokrasi. Bob perlu menjelaskan kenyataannya segera," katanya menerusi ciapan di laman mikro Twitternya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ugut tak bayar gaji tok batin, Senator PKR dibidas kawan, lawan]

Hari ini, Bob Manalon dalam satu sesi dialog dengan tok-tok batin di kubu BN bertempat di Pos Betau Jelai berkata, gaji tok batin dibayar oleh kerajaan pusat dan mereka perlu menyokong PH dalam PRK Cameron Highlands, 26 Januari ini.

“Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia.

“Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bob Manolan berasal dari masyarakat Orang Asli dan mewakili komuniti itu di Dewan Negara.

Artikel Berkaitan:

Ekoran daripada kenyataan tersebut, Bob Manolan telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota parti itu sendiri.