Pekerja hotel maut, motosikal terbabas

Motosikal mangsa terbabas ke bahu jalan di laluan bertentangan. Gambar kecil: Muhammad Syaiful Azwa
Motosikal mangsa terbabas ke bahu jalan di laluan bertentangan. Gambar kecil: Muhammad Syaiful Azwa
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang pekerja hotel maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Gua Musang - Kuala Krai malam tadi.

Mangsa, Muhammad Syaiful Azwa Mahadi, 23, beralamat di Jerteh, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd Taufik Maidin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha R15 bersendirian dalam perjalanan dari Port Dickson ke Tanah Merah secara berseorangan.

Motosikal mangsa terbabas ke bahu jalan di laluan bertentangan.
Motosikal mangsa terbabas ke bahu jalan di laluan bertentangan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang jalan.

"Ketika kejadian, keadaan jalan berselekoh, basah dan gelap," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: