Lelaki pukul anjing hingga cedera direman dua hari

Anjing yang cedera akibat dipukul.
Anjing yang cedera akibat dipukul.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki direman dua hari dipercayai memukul sehingga mendatangkan kecederaan kepada dua ekor anjing di Jalan Kota Lukut dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohammed mengesahkan pihaknya menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut yang berlaku pada Ahad lalu sehari selepas kejadian tersebut berlaku.

"Turut dirampas sebatang kayu yang telah pecah yang disyaki digunakan suspek untuk memukul anjing berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat ke atas haiwan.

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Sementara itu, Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam individu yang menyerang dan memukul anjing yang dirantai di Lukut Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pelaku perlu dikenakan tindakan setimpal memandangkan negara ini mempunyai peruntukkan undang-undang terhadap mereka yang bertindak kejam dengan binatang.

"Pesalah di bawah Seksyen 29(1) boleh dikenakan denda antara RM20,000 dan RM100,000 dan atau tiga tahun penjara jika disabit kesalahan.

"Tahun lepas, seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing bunting dalam pengering pakaian di sebuah dobi layan diri dijatuhi hukuman penjara selama 34 bulan dan denda RM40,000 selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan penderitaan yang tidak sepatutnya ke atas haiwan itu.

"Kita berharap individu yang melakukan tindakan kejam terhadap haiwan ini juga dikenakan tindakan yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran berjumlah RM5,000 kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat sehingga pelaku yang bertindak kejam memukul sehingga mati anjing di Seremban 2 ditangkap.

Terdahulu terdapat dua kes anjing dipukul dengan kejam individu tidak bertanggungjawab di Lukut, Port Dickson manakala seekor anjing ditemui mati dengan berlumuran darah di bahagian muka di Plaza S2 Height Seremban 2.

Kedua-dua kes itu menunjukkan haiwan tersebut dipukul dengan menggunakan kayu dengan kejam sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian kepala dan muka sebelum video itu tular di media sosial.