Ibu Ketua Polis Pahang meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - [DIKEMASKINI] Ibu kepada Ketua Polis Pahang, Rahmah Jaafar, 84, dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 malam.

“Allahyarham meninggal dunia di di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Solat jenazah akan diadakan di Surau Al-Muhajirin Seksyen 3 Bandar Bukit Mahkota, Bangi, kira-kira jam 10 pagi ini dan akan jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 5 Bandar Bukit Mahkota, Bangi, kira-kira jam 11 pagi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut dan beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

"Salam takziah... Innalillahi wa inna ilaihi raji’un," katanya.

Artikel Berkaitan: