Lelaki maut nahas lori tangki, kereta

Tangki muatan cecair nitrogen terpisah dari kepala lori sebelum terbalik merintangi kedua-dua laluan selepas terlibat kemalangan di jalan Kuantan- Segamat, Muadzam Shah, pagi tadi. PIX IHSAN BOMBA
Tangki muatan cecair nitrogen terpisah dari kepala lori sebelum terbalik merintangi kedua-dua laluan selepas terlibat kemalangan di jalan Kuantan- Segamat, Muadzam Shah, pagi tadi. PIX IHSAN BOMBA
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Kuantan - Segamat berdekatan simpang Jalan Bahau, Muadzam Shah pagi tadi.

Mangsa, Berahim Hasan, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta jenis Proton Iswara itu.

Seorang lelaki yang turut berada di dalam kereta berkenaan dilaporkan selamat manakala seorang lagi cedera juga akibat tersepit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 7.45 pagi berhubung kemalangan melibatkan lori tangki membawa muatan cecair nitrogen dan sebuah kereta.

Keadaan kereja Proton Iswara yang dinaiki dua mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan- Segamat, Muadzam Shah, pagi tadi.
Keadaan kereja Proton Iswara yang dinaiki dua mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan- Segamat, Muadzam Shah, pagi tadi.

Menurutnya, lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bersama dua jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, didapati tangki bahan kimia yang dibawa lori berkenaan terbalik merintangi jalan tetapi pemandunya terselamat.

“Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tetapi lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.