Sallehuddin terima surat cara lantikan SUK Pahang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Sallehuddin yang merupakan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, telah memulakan tugas pada 7 Januari lepas.

Beliau menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang bersara.

Turut hadir Tengku Temenggung, Tengku Abdul Rahman bersama ahli keluarga kerabat Diraja yang lain.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga kelihatan mewakili Orang Besar Berempat.

Selepas majlis tersebut, Tengku Abdullah telah mempengerusikan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Artikel Berkaitan: