'Sudah ditakdirkan Daud lemas'

Gambar kenangan Daud (kanan) disamping keluarganya.
Gambar kenangan Daud (kanan) disamping keluarganya.
A
A
A

HULU SELANGOR - "ALLAH SWT pilih dia meninggal (dunia) dengan cara lemas dalam kolam ikan," kata Nor Atiqah Khalid, 32, kakak kepada Muhammad Daud Khalid, 25, yang ditemui lemas di sebuah lombong di Kampung Timah, Bukit Beruntung pagi ini.

Atiqah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika Daud sedang berkonvoi bersama rakan dan keluarganya menuju ke sebuah sungai berhampiran untuk memancing ikan.

"Daud meminta kereta lain ke depan kerana dia mahu menerbangkan dron untuk mengambil gambar panorama sekitar lombong. Tiba-tiba dron menunjukkan signal lemah dan jatuh ke air.

"Arwah terus melompat ke dalam air untuk mengambil dron namun ALLAH SWT pilih dia untuk kembali ke pangkuanNya," kata Atiqah.

Mayat Daud diangkat pasukan bomba untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat - Foto Saya Sayang Batang Kali.
Mayat Daud diangkat pasukan bomba untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat - Foto Saya Sayang Batang Kali.

Atiqah memberitahu, anak keempat dari lima beradik itu sudah ditakdirkan lemas walaupun mahir berenang.

"Ketika kejadian rakannya nampak Daud melambai tangan meminta tolong tetapi sementara mendapatkan bantuan Daud sudah tenggelam. Mayatnya hanya ditemui jam 10.40 pagi," katanya.

Jenazah yang juga anak kepada bekas Ketua Kampung Kampung Melayu Batu Caves, Khalid Mohd Noor dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Selayang Lama.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Facebook Saya Sayang Batang Kali berkongsi beberapa gambar di lokasi kejadian selepas arwah Daud ditemui.