[VIDEO] Wartawan menjerit ular patuk mikrofon

Momen ular patuk mikrofon ketika wartawan membuat liputan berita di sini. -Foto AP
Momen ular patuk mikrofon ketika wartawan membuat liputan berita di sini. -Foto AP
A
A
A

WAGGA WAGGA - Sebuah rakaman video memaparkan seorang wartawan panik dan menjerit apabila seekor ular mematuk mikrofonnya ketika rakaman berlangsung di Wagga Wagga, Australia.

Momen itu sempat dirakam jurukamera ketika wartawan, Sarah Cawte membuat liputan berita untuk stesen televisyen di sini.

Ketika rakaman bermula, Cawte tiba-tiba menjerit, "Ular menggigit mikrofon saya."

Jurukamera berkata, "Anda akan baik-baik saja, ia hanya gigit mikrofon," namun Cawte berkata, "Bagaimana jika dia patuk tangan saya?"

Dia kelihatan agak terkejut cuba bertindak profesional untuk tidak panik dan meneruskan rakamannya.

Dalam temu bual selepas insiden tersebut, Cawte berkata, dia berasa sangat takut, namun keadaan itu berjaya dikawal, lapor Daily Mail.

"Saya meletakkan ular itu di atas bahu, namun tak sangka di tiba-tiba patuk mikrofon berulang kali.

"Bila saya jarakkan mikrofon dan lihat ular itu tidak agresif, saya teruskan rakaman, namun pada masa sama saya bimbang tangan saya pula dipatuk kerana sedang pegang mikrofon. Ia sangat menakutkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun kata Cawte, aksi itu dianggap lucu oleh jurukamera.

"Sebaik sahaja selesai rakaman, saya terus meminta mereka mengambil ular itu kerana masih lagi gementar," katanya.

Sementara itu sehingga 10 pagi hari ini, rakaman durasi 45 saat itu yang tular di laman sosial meraih 9,400 tontonan dan rata-rata netizen menyifatkan wartawan itu sangat berani dan profesional.