Kadar jenayah narkotik meningkat 14 peratus

Mohd Khairiel
Mohd Khairiel
A
A
A

JEMPOL - Seramai 928 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan jenayah narkotik dalam tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 116 individu atau 14 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2018 yang mencatatkan tangkapan seramai 812 individu.

"Bagi kes di bawah Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pula menunjukkan penurunan seramai tujuh individu atau enam peratus iaitu 105 individu ditangkap berbanding 112 individu dalam tempoh sama pada tahun 2018.

"Bagi kes permintaan di bawah Seksyen 12(3), Seksyen 6, Seksyen 15(1)(A) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 pula meningkat seramai 112 atau 16 peratus iaitu 809 tangkapan berbanding 697 individu pada tahun 2018," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohd Khairiel berkata, tindakan pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah -langkah Pencegahan Khas) dibuat melibatkan tangkapan seramai 14 individu yang dikenal pasti aktif dalam kegiatan pengedaran dadah.

"Lokasi yang disasarkan di kawasan penempatan Felda, malah jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2018 hanya tiga orang.

"Mereka yang dikenakan tindakan ditahan di pusat pemulihan akhlak selama dua tahun," katanya.

Sementara itu, Mohd Khairiel berkata, sepanjang tahun lalu dadah paling banyak dirampas adalah jenis heroin iaitu sebanyak 1,584.89 gram (gm) diikuti syabu 438.33gm dan ganja 65.52gm.

Artikel Berkaitan:

Katanya, rampasan daun ketum pula sebanyak 67,562.6gm dan 223810 mililiter air ketum.