Maqis, JKDM rampas produk babi

Antara produk hasilan babi yang dirampas di laluan masuk kenderaan ringan, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru, Johor, hari ini.
Antara produk hasilan babi yang dirampas di laluan masuk kenderaan ringan, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru, Johor, hari ini.
A
A
A

TANJUNG KUPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menyekat cubaan membawa masuk 192 kilogram (kg) produk hasilan babi di laluan masuk kenderaan ringan, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, 16 kotak produk itu dirampas susulan pemeriksaan pada jam 12.30 tengah hari tadi selepas mengesan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.

Menurutnya, siasatan mendapati produk bernilai RM2,976 itu disyaki dibawa masuk dari Singapura.

"Kesemua barang dagangan tersebut ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta sama.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengimportan produk hasilan babi perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan virus African Swine Fever (ASF).

Artikel Berkaitan: