Misteri kemunculan ratusan bebola tar di tepi pantai

SYDNEY - Ratusan objek misteri berbentuk bebola hitam seperti tar terdampar di tepi pantai popular di Australia.
“Ia muncul di Pantai Coogee, Sydney pada Selasa. Hasil pemerhatian awal mendapati ia mungkin terhasil daripada tumpahan minyak.
"Ujian awal menunjukkan ia adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon iaitu komponen utama produk petroleum yang konsisten dengan bentuk objek itu,” kata Datuk Bandar, Dylan Parker.
Kemunculan objek bebola itu turut menarik perhatian sekumpulan burung camar ke pantai berkenaan.
Difahamkan, operasi pembersihan telah dijalankan manakala kawasan pantai sekitar masih dipantau.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi Pantai Coogee atau menyentuh objek itu ketika kerja membersih dan siasatan lebih terperinci sedang dilakukan,” jelas Parker lagi. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Harga minyak susut susulan usaha damai AS-Iran
02 November 2026 05:11pmSembilan maut pesawat terhempas dekat kediaman Trump
02 November 2026 02:57pm'Kita akan terhempas!' – Amaran terakhir juruterbang sebelum nahas korban sembilan nyawa
02 November 2026 02:48pmIndonesia desak Rusia henti rekrut rakyatnya ke medan perang
02 November 2026 11:12amArahan simpan bekalan makanan, apa sedang berlaku?
02 November 2026 07:00amPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pm33 negara gesa rakyat simpan bekalan
02 November 2026 07:10am- Iklan -- Iklan -

