[VIDEO] Anak anjing disumbat dalam plastik sampah

Anak anjing ditemui oleh Alexander di dalam plastik sampah. - Foto: RT
Anak anjing ditemui oleh Alexander di dalam plastik sampah. - Foto: RT
A
A
A

BIYSK - Seekor anak anjing hampir lemas dipercayai dibuang sebelum disumbat di dalam plastik sampah dan dicampakkan ke dalam tong sampah di Biysk, Rusia.

Penduduk bandar Biysk, Alexander Shimanovsky berkata, dia mendengar bunyi nyalakan anak anjing di dalam tong sampah yang kemudian terjumpa satu bungkusan plastik berwarna hitam yang diikat kemas.

"Saya buka plastik sampah itu, terkejut melihat seekor anak anjing masih bernyawa. Saya tak pasti bagaimana anak anjing boleh berada di dalam plastik, kemungkinan ia dibuang. Saya cuba mencari siapa membuang anak anjing ini, namun tidak jumpa.

"Saya difahamkan, kebanyakan sampah adalah bahan binaan namun tidak sangka boleh ada anak anjing di sini," katanya kepada portal RT.

Tanpa berlengah, Alexander membawa anak anjing itu ke rumah dan memberinya makanan serta minuman untuk memanaskan badannya kerana ketika ini musim sejuk.

Katanya turut memuat naik status di Facebook untuk membantunya mencari keluarga angkat buat anjing tersebut kerana dia telah memiliki dua ekor anjing peliharaan di rumah.

Sehingga jam 3 petang tadi, video berdurasi 59 saat itu ditonton lebih 8,000 tontonan dari netizen.

Kata Connie, "Saya bersyukur kerana lelaki ini berjaya menyelamatkan anjing itu."

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih di atas bantuan dihulurkan lelaki tersebut.