Dr Wan Azizah terima kunjungan hormat Menteri Luar Tajikistan

Dr Wan Azizah bersama Sirojiddin (kanan) semasa menerima kunjungan Menteri Luar Tajikistan itu di pejabatnya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini. - Foto: Bernama
Dr Wan Azizah bersama Sirojiddin (kanan) semasa menerima kunjungan Menteri Luar Tajikistan itu di pejabatnya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Luar Tajikistan, Sirojiddin Muhriddin hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini dengan perbincangan tertumpu kepada topik dua hala.

Semasa perbincangan selama sejam itu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, Dr Wan Azizah dan Sirojiddin berbincang perkara berhubung dengan pendidikan, pelancongan, pertanian, tenaga, sektor makanan halal dan perniagaan dan perdagangan.

Turut dibincang semasa mesyuarat itu ialah cadangan untuk penarikan visa kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Tajikistan dan cadangan untuk menubuhkan satu suruhanjaya antara kerajaan mengenai Kerjasama Ekonomi bagi Malaysia dan Tajikistan.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Sirojiddin turut membincangkan mengenai isu keselamatan siber, menghapuskan pengganas dan memperkasakan wanita.

Sirojuddin juga menyerahkan surat jemputan daripada Presiden Tajikistan Emomali Rahmon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk melawat negara itu menerusi Dr Wan Azizah.

Beliau adalah dalam lawatan rasmi empat hari ke Malaysia dari semalam. Ini adalah lawatan rasmi yang pertama bagi Sirojiddin ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 2013.

Malaysia dan Tajikistan mewujudkan hubungan diplomatik pada 1992 dan menjalinkan Konsultasi Dua hala pada peringkat rasmi di Dushanbe, ibu negara Tajikistan pada September tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: