[DIKEMASKINI] Warga emas terkejut duit TH tinggal RM63

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM80,000 selepas wang simpanannya itu termasuk sejumlah RM65,000 dalam Tabung Hajinya lesap dan hanya berbaki RM63.

Kejadian terbabit berlaku akibat mangsa berusia 64 tahun terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam dan akur arahan termasuk mengemas kini nombor telefon pihak lain dalam daftar akaun bank miliknya pada 2 Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sebelum itu mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita kononnya pegawai sebuah bank di Kuala Lumpur memaklumkan mengenai tunggakan bayaran balik mencecah RM50,000.

"Panggilan disambung kepada 'anggota polis' yang kemudian memaklumkan mangsa dikehendaki atas kes pengubahan wang haram, namun mangsa menafikan dakwaan itu.

"Dia kemudian diminta berurusan dengan seorang lagi wanita kononnya pegawai dari Bank Negara bagi urusan menyelesaikan kes tersebut dan diarahkan memindahkan semua wangnya termasuk wang simpanan dari akaun bank lain ke satu akaun bank miliknya bagi tujuan siasatan," katanya.

Mangsa berusia 64 tahun terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam dan akur arahan termasuk mengemas kini nombor telefon pihak lain dalam daftar akaun bank miliknya pada 2 Disember tahun lalu.
Mangsa berusia 64 tahun terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam dan akur arahan termasuk mengemas kini nombor telefon pihak lain dalam daftar akaun bank miliknya pada 2 Disember tahun lalu.

Menurutnya, mangsa akur dengan arahan tersebut termasuk memindahkan wang dari akaun Tabung Haji dan wang hasil gadaian barang kemas berjumlah RM7,450 selain baki sedia ada dalam akaun berkenaan.

"Mangsa diminta mengemas kini akaun banknya itu dengan menukar nombor telefon lama kepada nombor baharu yang diberikan dan dia berbuat demikian seperti diarahkan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa kemudian membuat semakan akaun bank tersebut pada 5 Februari lalu dan terkejut apabila mendapati wang dalam akaun itu hanya berbaki RM63," katanya.

Katanya, mangsa membuat laporan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.