Saingan sengit gelaran Jersi Kuning di LTdL 2020

Para pelumba yang menyertai siri jelajah Le Tour de Langkawi (dari kiri) Mohamed Harrif Saleh dan Carlos Quintero dari Terengganu Inc-TSG Cycling Team, Louis Meintjes dari NTT Pro Cycling Team dan Black Quick dari St George Continental Cycling Team bergambar bersama selepas sidang media menjelang siri Jelajah Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

LOUIS Meintjes, pemenang tempat kedua lumba basikal (lebuhraya) dunia Bawah-23 tahun 2013, sedar persaingan amat sengit untuk menjadi juara keseluruhan atau memenangi Jersi Kuning pada edisi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang bermula esok di Padang Merdeka.

Bercakap pada sidang media pra-LTdL 2020 hari ini, pelumba berusia 27 tahun dari Afrika Selatan yang menduduki tempat ke-11 keseluruhan pada penampilan pertamanya di LTdL 2014 mendedahkan, pasukannya NTT Pro Cycling Team meletakkan harapan besar kepadanya untuk memperoleh keputusan yang positif pada edisi ke-25 perlumbaan tersebut.

“Saya tidak rasakan peringkat yang jaraknya jauh akan berikan kelebihan kepada mana-mana pelumba tetapi peringkat mendaki (peringkat keempat) di Genting Highlands (pada Isnin) akan menjadi suatu yang penting dalam penentuan juara keseluruhan.

“Kami cuma perlu pastikan untuk tidak ketinggalan terlalu jauh daripada pelumba lain di sepanjang perlumbaan dan saya berharap akan dapat lakukan yang terbaik pada penampilan kedua saya di LTdL,” kata Meintjes yang menduduki tempat kedua Jersi Putih (klasifikasi remaja) pada perlumbaan Tour de France 2017.

Pelumba dari pasukan NTT Pro Cycling Team, Louis Meintjes (tengah) ketika sidang media menjelang siri Jelajah Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Pelumba dari pasukan NTT Pro Cycling Team, Louis Meintjes (tengah) ketika sidang media menjelang siri Jelajah Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama

Sementara itu pelumba Australia, Black Quick dari St George Continental Cycling Team yang dua kali menduduki tempat kedua pada LTdL 2019, mahu memperbaiki keputusannya, tetapi sedar akan cabaran daripada pelumba lain, terutamanya pelumba pecut pada peringkat awal pada perlumbaan tahun ini.

“Tahun lepas merupakan penyertaan pertama saya di LTdL dan saya belajar banyak dalam bersaing dengan pelumba terbaik terutamanya daripada Eropah.

“Untuk saya LTdL adalah perlumbaan terbaik untuk pelumba pecut untuk mengukur keupayaan mereka. Mengenai cuaca, saya telah membiasakan diri kerana Australia kadang kala juga hadapi situasi yang sama, tetapi untuk saya apa yang paling penting ialah membantu pasukan saya meraih kemenangan,” kata pelumba berusia 19 tahun yang dilahirkan di Brisbane.

Artikel Berkaitan:

LTdL 2020 akan bermula esok sehingga 15 Februari dengan jarak perlumbaan keseluruhan 1,114.9 kilometer merentasi lapan negeri - Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Penang, Kedah dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Bernama