[RASMI] BN kekalkan kerusi Mahkota dengan majoriti 20,648 undi

SHAH ALAM - Selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dan Nenggiri, parti itu sekali lagi berjaya mengungguli PRK Mahkota.
Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Mahkota, Azurawati Wahid di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada Sabtu.
Secara keseluruhan, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memperoleh undian sebanyak 27,995 undi sementara Mohamad Haizan, 7,347.
Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 53.84 peratus sementara undi ditolak berjumlah 339 undi.
PRK Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH (Pakatan Harapan) PN dan Warisan.
Secara keseluruhan terdapat 66,318 pengundi berdaftar bagi DUN Mahkota dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta polis telah berlangsung pada Selasa, melibatkan 4,437 pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan kertas 607 undi pos pada 15 Sept dan melantik 1,126 petugas bagi mengendalikan proses PRK itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -SPR sasar 95 peratus keluar undi awal, 53.2 peratus direkodkan setakat 10.25 pagi
10 November 2026 11:30amPRN Melaka: 12,214 anggota keselamatan mengundi awal
10 November 2026 10:36amPRN Melaka: Pengalaman kali kedua mengundi awal selepas habis pantang
10 November 2026 09:59amPRN Melaka: Negara biar kaya, bukan wakil rakyat - Saifuddin
09 November 2026 10:32pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pm8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pmTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pm- Iklan -- Iklan -
