X

Kindly register in order to view this article
!

ACER Swift 3 laptop idaman setiap orang

A
A

Penggunaan komputer riba sangat diperlukan sekarang, terutamanya buat pelajar dan individu bekerjaya. Ia sudah menjadi keperluan sepertimana kita memerlukan telefon setiap hari.

Namun, peredaran zaman menyebabkan perubahan teknologi bergerak pantas mengikuti keperluan terkini. Pastinya rekaan laptop lebih ranggi dan memiliki spesifikasi yang hebat.

ACER memperkenalkan komputer riba ACER Swift 3 yang mempunyai reka bentuk sangat menarik iaitu ultrathin dengan senipis 14.99 milimeter dan hanya seberat 1.35 kilogram. Pasti ringan, kan!

Prestasi pantas dan cekap

ACER Swift 3 dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce MX250 yang akan memaksimumkan prestasi untuk bermain games, mengedit foto dan video. Jadi, kerja-kerja grafik yang ringan pasti lebih mudah dengan ACER Swift 3.

Komputer riba ini turut menyokong sehingga 256GB PCle NVMe SSD dan 8GB onboard DDR4 untuk prestasi yang lebih pantas dan cekap.

Teknologi lindungi mata anda

Apa yang menarik dengan ACER Swift 3 ini ialah dilengkapi teknologi ACER Bluelight Shield yang akan melindungi mata anda sekiranya menghadap skrin untuk tempoh yang lama.

Jadi, anda tidak perlu bimbang lagi sekiranya mahu menonton video di Youtube atau bermain media sosial dalam tempoh yang lama.

Kelajuan internet lebih pantas

Dengan dilengkapi siri CPU Intel Core generasi kelapan dan boleh disambung ke talian internet dengan 4G/TE platform serta Gigabit Wifi 2x2 802.11ac. Tiada lagi internet loading selepas ini di mana talian lebih laju dan konsisten.

Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai kuasa pemprosesan teras quad-core Gen Intel 8 yang lebih kompleks.

Bateri tahan lebih lama

Jika sebelum ini laptop anda cepat habis bateri, jangan bimbang ACER Swift ini menjadi penyelamat apabila jangka hayat bateri anda boleh bertahan sehingga 12 jam dengan hanya sekali cas.

Ditawarkan dengan harga RM2,699 anda pasti mampu menjadikan komputer riba ini milik anda. Ini kerana harga mesra pengguna ini dilengkapi spesifikasi yang luar biasa dari laptop lain di pasaran.

Datang dalam warna Sparkly Silver. Menarik kan. Jadi apa tunggu lagi..jom beli secara online atau kunjungi cawangan ACER di seluruh negara.

Maklumat lanjut dan sebarang pembelian boleh layari di laman web ACER di https://store.acer.com/en-my/swift-3-sf314-55g-55dx-1


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!