Presiden JMM didakwa cetus kekecohan

Azwanddin (kanan) ketika hadir di Mahkamah Ampang hari ini.
Azwanddin (kanan) ketika hadir di Mahkamah Ampang hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini terhadap tuduhan berhubung ucapan berkaitan Peristiwa 13 Mei 1969 yang didakwa boleh menyebabkan ketakutan kepada orang awam dua tahun lalu.

Azwanddin, 47, didakwa membuat ucapan mengenai kenyataan ingin mengulangi peristiwa 13 Mei 1969 dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin mendorong ketakutan atau kegentaran kepada mana-mana orang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bilik media NTH Media, Tingkat 11, Menara A Pandan Capital, Pandan Indah, kira-kira jam 2 petang, pada 21 November 2018.

Ahli perniagaan itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Normaizan Rahim membenarkan Azwanddin diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 13 Mac depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Reen manakala Azwanddin diwakili peguam, Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Artikel Berkaitan: